Piramid sebenar Piramid Güímaru

Pada tahun 1991 penyelidik terkenal Thor Heyerdahl mengkaji piramid tersebut dan mendapati bahawa ia bukannya timbunan batu rawak. Sebagai contoh, batu dipenjuru piramid’ menunjukkan kesan pemotongan yang jelas, dan tanah tapak telah diratakan sebelum piramid dibina. Bahan binaan bukannya batu yang terdapat di padang berhampiran, tetapi batu lava. Heyerdahl juga mendapati bahawa piramid itu mempunyai jajaran astronomi khas. Pada hari solstik musim panas anda dapat melihat matahari terbenam dua kali dari pelantar piramid terbesar – matahari terbenam dibelakang kemuncak gunung tinggi, melintasinya, muncul semula dan terbenam dibelakang gunung berikutnya buat kali kedua. Kesemua piramid mempunyai tangga disebelah barat, yang mana anda dapat langkah menurut matahari terbit pada pagi solstik musim sejuk.

Piramid Güímar

Walaupun setelah menyelidik, Heyerdahl gagal mengetahui usia piramid tersebut atau menjawap siapa yang membinannya. Bagaimanapun, ia diketahui bahawa orang-orang (Guanches) telah tinggal di dalam gua di bawah salah satu piramid tersebut. Sehingga penaklukkan Sepanyol pada akhir abad ke 15, Güímar merupakan tempat tinggal salah seorang daripada sepuluh menceys (raja-raja) Tenerife.

Ia amat mengkagumkan bahawa menurut lapuran oleh Pliny yang tua, Canaries telah tidak didiami semenjak tempoh Juragan Hanno (c. 600 BC) tetapi telah mempunyai puing runtuhan bangunan besar.

Asal penduduk Guanches tidak jelas. Laluan ke kepulauan Canary dari persisiran tanah besar berikutnya di selatan Maghribi adalah sukar kerana arus laut, sementara ia lebih mudah dari kawasan Eropah dan Mediterranean.

Heyerdahl memajukan teori yang menyatakan bahawa Canaries merupakan pengkalan laluan pelayaran silam antara penduduk Amerika dan Mediterranean. Laluan terpantas antara kedua kawasan dunia sememangnya melalui Kepulauan Canary – ia juga digunakan oleh Christopher Columbus. Seawal 1970, Heyerdahl membuktikan bahawa pelayaran antara Afrika Utara dan Karribian mampu dilakukan dengan menggunakan kaedah silam – dia berlayar dari Morocco ke Barbados menggunakan bot papirus Ra II.

Pada tahun 1998 kawasan seluas 65.000-meter persegi piramid Güímar dibuka kepada umum sebagaitaman ethnologi. Heyerdahl diberikan bantuan kewangan oleh pemilik kapal Norwegian, Fred Olsen, yang tinggal di Tenerife. Pusat maklumat memaklumkan pelawat dengan ekspedisi Heyerdahl’ dan teorinya mengenai piramid tersebut. Dua pavilion mengandungi pameran mengenai Heyerdahl dan model bot-botnya, antara lain memuatkan replika Ra II bersaiz penuh.